Memberi kesan lonjong dan tirus pada wajah yang bulat bukanlah sesuatu yang sukar. Asalkan anda tahu caranya, maka kekurangan pada bentuk wajah bulat boleh diatasi. berikut beberapa cara solekan untuk mereka yang berwajah bulat: 1.Sapu bedak asas satu ton lebih gelap dari warna kulit anda. 2.Lakukan teknik pembayang pada bahagian dalam pipi dan rahang dalam dengan mengunakan pembayang berwarna gelap. 3.Sapu bedak pada wajah dengan mengunakan span khusus. 4.Tambah pembayang pada bahagian bawah tulang pipi dan rahang. 5.Sapu pemerah pipi berwarna merah jambu lembu pada pipi agar pembayang lebih halus dan rata. Jika ingin pemerah pipi kelihatan lebih semulajadi, lapiskan ia sekali lagi dengan bedak. Ia bukan sahaja membuatkan solekan anda kelihatan segar, tetapi ia juga akan memberi hasil yang tahan lama. 6.Untuk bahagian mata, sapukan pembayang mata warna coklat agar mata kelihatan lebih tajam dan semulajadi. 7.Terakhir sekali, oleskan pengilat bibir berwarna pucat pada bibir. Fungsinya adalah untuk memberi kesan wajah yang lebih tirus dan bibir tidak akan nampak menonjol.
Sunday, May 20, 2012
Solekan untuk wajah bulat
Saturday, May 19, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)




